BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 15 June 2011

Bagaimana Internet Berfungsi

lnternet adalah satu perkhidmatan "maklumat" dan komunikasi yang cepat berkembang. Pertumbuhan pengguna internet juga sangat cepat dengan keahlian dalam JARING dan TMNet (iaitu dua buah Internet Service Provider - ISP) kini melebihi 50,000 ahli dan kian bertambah pada kadar 22% sebulan. Bayangkan jumlahnya menjelang abad ke 21.
"Internet" digunakan tanpa sempadan dan lebih bersifat global, Definasi yang mudah ialah: Sistem rangkaian komputer antarabangsa untuk berkomunikasi (melalui komputer) dan mendapatkan maklumat

Bagaimana Internet Beroperasi

Sekiranya kita ingin mengakses intemet, kita perlu tabu serba sedikit bagaimana ianya beroperasi. lnternet menggunakan peraturan-peraturan yang sama yang dipanggil protokol. Protokol ini dikenali sebagai TCP/IP yang bermakna Transmission Control Protocol/Intemet Protocol yang berfungsi untuk memudahkan akses kepada mana-mana komputer tanpa menghiraukan jenis, dan menterjemahkan data yang diakses kepada maklumat

Sejarah

Sejarah internet bermula sejak 1960an lagi tetapi penggunaannya terhad kepada bidang pertahanan, yang dibangunkan oieh US Defence Dept. , Advanced Research Project Agency (ARPA), dikenali sebagai ARPANET pada 1969. Pada 1986, ARPANET dibubarkan dan diambilalih untuk bidang penyelidikan oieh National Science Foundation of US. Diikuti dengan pembabitan universiti ternama dan institusi penyelidikan dalam tahun-tahun 1980an. Awal era 1990an ianya telah menarik minat ramai dan berkembang sehingga menjadi luas digunakan di merata dunia.

Protokol Komunikasi Internet

1.EMEL
2.KUMPULAN BERBINCANG (DISCUSSION GROUPS / LISTSERV)
3.BERITA (NEWSGROUPS / USENET)
4.PERBUALAN (INTERNET RELAY CHAT - IRC)
Apabila anda telah mempunyai emel, biasanya anda akan juga ingin meyertai kumpulan yang mempunyai minat atau perkara perbincangan yang khusus. Anda boleh menyertai kumpulan sedemikian dengan mendaftarkan diri meialui emel. Terdapat banyak kumpulan sedemikian dalam ]nternet dan anda hanya perlu mencari. Sementara newsgroup lebih merupakan 'buletin board" kepada pengguna lnternet. Anda tidak perlu menjadi ahli atau melanggan perkhidmatan ini, namun begitu sekiranya ingin mengemukakan pendapat atau pandangan, perlulah melaui emel. Perbualan dalam perkhidmatan IRC ini adalah seperti anda berkomunikasi (berbual dalam telefon). Yang membezakannya dengan perbualan meialui telefon ialah anda mestilah mengetahui bahasa yang digunakan (biasanya mempunyai istilah tersendiri yang merupakan singkatan) dan mesti juga berada secara online (aktif pada masa yang sama. Anda sebenarnya bukan berbual berdua tetapi dengan ramai ahli yang menjawab "perbualan" anda dalam perkhidmatan ini.

Protokol Maklumat Internet TELNET

Telnet dan FTP dibangunkan sekitar tahun 60an dan merupakan 2 protokol pertama yang membolehkan komunikasi dalam lnternet. Kedua-duanya menggunakan sistem Unix yang agak kompleks. Walaubagaimana pun kini ia mudah digunakan dengan adanya WWW. Telnet atau "remote login" digunakan seialunya untuk menghubungi pangkalan data atau katalog perpustakaan. Apabila anda login kepada sesuatu pangkalan data di tempat lain, anda boleh melihat bahan yang tersenarai di dalam pangkalan data tersebut. lanya sama seperti kita melihat OPAC di Perpustakaan UM.

GOPHER

Gopher pula dibangunkan pada tahun 80an bagi memudahkan pengguna mengakses maklumat di dalam lnternet. la merupakan satu sistem yang berunsurkan teks dan menggunakan menu pilihan untuk pelbagai jenis maklumat yang terdapat di dalam lntemet. Anda boleh menggunakan telnet dan FTP menerusi Gopher. Skrin gopher tidak mempunyai imej atau gambar, walaubagaimana pun anda boleh menyimpan gambar-gambar yang disenaraikan di dalam menu ke dalam hard disk atau membuat cetakan. Contoh: gopher SIRIM

FILE TRANSFER PROTOCOL (FTP)

FTP pula digunakan untuk download atau upload perisian dalam Internet. Download bermakna kita mengambil perisian dari tempat lain dan memasukkannya ke dalam komputer kita. Upload pula jalah di mana kita memasukkan perisian kita ke komputer yang berada di tempat lain. FTP kini mudah digunakan dengan adanya WWW. .Talp dalam tetingkap URL ftp://ftp.somesite.edu.au Kebanyakan komputer meminta kataluan sebelum membenarkan pernindahan fail, namun begitu masih banyak komputer yang membenarkan "anonymous ftp" dimana kita login sebagai "anonymous" dan menggunakan email sendiri sebagai katalaluan, .Untuk mencari fail dalam ftp, gunakan perkhidmatan yang dipanggil ARCHIE.yang mana ia.juga gunakan perkhidmatan Web-based contoh: http://ww.'umbo.com/Home--Page.htmil http:llwww.shareware.com

WORLD WIDE WEB

World wide web adalah protokol terbaru yang dibangunkan pada awal tahun 90an. World wide web merangkumi semua perkhidmatan yang terdapat di dalam lntemet seperti telnet, ftp, gopher, email, newsgroups dan lain-lain. la merupakan sistem grafik hypertext yang amat mudah dengan hanya menekan mouse. Hyperteks ialah teks yang mengandungi link tambahan yang menghubungkannya ke satu teks yang lain. Link ini juga mengaitkan dokumen yang ada grafik, video dan bunyi. Maka ianya juga dikenali sebagai hypermedia. Hyperteks membenarkan anda kembali ke laman asal ataupun merayau ke link lain dalam teks. Kadang-kadang seseorang boleh tersesat dalam melayari web, namun begitu untuk kembali ke laman asal hanya dengan menekan kekunci 'back' beberapa kali. Anda juga boleh membuat pencarian menggunakan enjin pencari/search engines seperti altavista, yahoo, excite dan sebagainya yang memudahkan dan mempercepatkan lagi pencarian bahan di dalam lnternet.

0 comments: