BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 15 June 2011

10 perkara yang menjejaskan prestasi komputer

Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu hang ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi. Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita.

1-
Mikropemproses mengalami kepanasan melampau

2-
Masalah RAM

3-
Cakera keras

4-
Konfigurasi BIOS

5-
Pengawal Cakera

6-
Sistem Operasi

7-
Proses dan Aplikasi

8-
Fragmentasi Cakera

9-
Aplikasi latar belakang

10-
Sistem fail



Mikropemproses mengalami kepanasan melampau

Kepanasan melampau ini terjadi apabila motor kipas yang menjadi penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses. Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.

Masalah RAM

Terdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifi kasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain daripada itu, masalah ëBlue Screení juga akan lebih kerap berlaku.

Cakera keras

Bagi cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya prestasi komputer ialah seperti bertambahnya sektor-sektor rosak (bad sector) ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan dalaman (intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan capaian putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.

Konfigurasi BIOS

Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi BIOS kilang sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut mempengaruhi keupayaan komputer.

Pengawal Cakera

Kabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard) yang harus mampu menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal cakera UDMA-66 memerlukan kad khusus untuk dipasang pada papan ibu yang hanya menyokong pengawal cakera UDMA-33. Jika tidak dipasang, ia pasti akan mengundang masalah kepada prestasi komputer.

Sistem Operasi

Sistem operasi seperti Windows XP dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau banyak akan merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga komputer.

Proses dan Aplikasi

Proses dan Aplikasi (.exe) yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan, pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.

Fragmentasi Cakera

Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan, dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan didalam sektor. Fragmentasi juga berlaku apabila kandungan cakera penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak 20 sehingga 25% perlu disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.

Aplikasi latar belakang

Ramai pengguna yang suka melarikan aplikasi latar belakang secara automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan komputer menjadi perlahan dan adakalanya menyebabkan hang. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh dilihat pada folder Startup.

Sistem fail

Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz kelompok yang lebih besar berbanding FAT.

Bagaimana Internet Berfungsi

lnternet adalah satu perkhidmatan "maklumat" dan komunikasi yang cepat berkembang. Pertumbuhan pengguna internet juga sangat cepat dengan keahlian dalam JARING dan TMNet (iaitu dua buah Internet Service Provider - ISP) kini melebihi 50,000 ahli dan kian bertambah pada kadar 22% sebulan. Bayangkan jumlahnya menjelang abad ke 21.
"Internet" digunakan tanpa sempadan dan lebih bersifat global, Definasi yang mudah ialah: Sistem rangkaian komputer antarabangsa untuk berkomunikasi (melalui komputer) dan mendapatkan maklumat

Bagaimana Internet Beroperasi

Sekiranya kita ingin mengakses intemet, kita perlu tabu serba sedikit bagaimana ianya beroperasi. lnternet menggunakan peraturan-peraturan yang sama yang dipanggil protokol. Protokol ini dikenali sebagai TCP/IP yang bermakna Transmission Control Protocol/Intemet Protocol yang berfungsi untuk memudahkan akses kepada mana-mana komputer tanpa menghiraukan jenis, dan menterjemahkan data yang diakses kepada maklumat

Sejarah

Sejarah internet bermula sejak 1960an lagi tetapi penggunaannya terhad kepada bidang pertahanan, yang dibangunkan oieh US Defence Dept. , Advanced Research Project Agency (ARPA), dikenali sebagai ARPANET pada 1969. Pada 1986, ARPANET dibubarkan dan diambilalih untuk bidang penyelidikan oieh National Science Foundation of US. Diikuti dengan pembabitan universiti ternama dan institusi penyelidikan dalam tahun-tahun 1980an. Awal era 1990an ianya telah menarik minat ramai dan berkembang sehingga menjadi luas digunakan di merata dunia.

Protokol Komunikasi Internet

1.EMEL
2.KUMPULAN BERBINCANG (DISCUSSION GROUPS / LISTSERV)
3.BERITA (NEWSGROUPS / USENET)
4.PERBUALAN (INTERNET RELAY CHAT - IRC)
Apabila anda telah mempunyai emel, biasanya anda akan juga ingin meyertai kumpulan yang mempunyai minat atau perkara perbincangan yang khusus. Anda boleh menyertai kumpulan sedemikian dengan mendaftarkan diri meialui emel. Terdapat banyak kumpulan sedemikian dalam ]nternet dan anda hanya perlu mencari. Sementara newsgroup lebih merupakan 'buletin board" kepada pengguna lnternet. Anda tidak perlu menjadi ahli atau melanggan perkhidmatan ini, namun begitu sekiranya ingin mengemukakan pendapat atau pandangan, perlulah melaui emel. Perbualan dalam perkhidmatan IRC ini adalah seperti anda berkomunikasi (berbual dalam telefon). Yang membezakannya dengan perbualan meialui telefon ialah anda mestilah mengetahui bahasa yang digunakan (biasanya mempunyai istilah tersendiri yang merupakan singkatan) dan mesti juga berada secara online (aktif pada masa yang sama. Anda sebenarnya bukan berbual berdua tetapi dengan ramai ahli yang menjawab "perbualan" anda dalam perkhidmatan ini.

Protokol Maklumat Internet TELNET

Telnet dan FTP dibangunkan sekitar tahun 60an dan merupakan 2 protokol pertama yang membolehkan komunikasi dalam lnternet. Kedua-duanya menggunakan sistem Unix yang agak kompleks. Walaubagaimana pun kini ia mudah digunakan dengan adanya WWW. Telnet atau "remote login" digunakan seialunya untuk menghubungi pangkalan data atau katalog perpustakaan. Apabila anda login kepada sesuatu pangkalan data di tempat lain, anda boleh melihat bahan yang tersenarai di dalam pangkalan data tersebut. lanya sama seperti kita melihat OPAC di Perpustakaan UM.

GOPHER

Gopher pula dibangunkan pada tahun 80an bagi memudahkan pengguna mengakses maklumat di dalam lnternet. la merupakan satu sistem yang berunsurkan teks dan menggunakan menu pilihan untuk pelbagai jenis maklumat yang terdapat di dalam lntemet. Anda boleh menggunakan telnet dan FTP menerusi Gopher. Skrin gopher tidak mempunyai imej atau gambar, walaubagaimana pun anda boleh menyimpan gambar-gambar yang disenaraikan di dalam menu ke dalam hard disk atau membuat cetakan. Contoh: gopher SIRIM

FILE TRANSFER PROTOCOL (FTP)

FTP pula digunakan untuk download atau upload perisian dalam Internet. Download bermakna kita mengambil perisian dari tempat lain dan memasukkannya ke dalam komputer kita. Upload pula jalah di mana kita memasukkan perisian kita ke komputer yang berada di tempat lain. FTP kini mudah digunakan dengan adanya WWW. .Talp dalam tetingkap URL ftp://ftp.somesite.edu.au Kebanyakan komputer meminta kataluan sebelum membenarkan pernindahan fail, namun begitu masih banyak komputer yang membenarkan "anonymous ftp" dimana kita login sebagai "anonymous" dan menggunakan email sendiri sebagai katalaluan, .Untuk mencari fail dalam ftp, gunakan perkhidmatan yang dipanggil ARCHIE.yang mana ia.juga gunakan perkhidmatan Web-based contoh: http://ww.'umbo.com/Home--Page.htmil http:llwww.shareware.com

WORLD WIDE WEB

World wide web adalah protokol terbaru yang dibangunkan pada awal tahun 90an. World wide web merangkumi semua perkhidmatan yang terdapat di dalam lntemet seperti telnet, ftp, gopher, email, newsgroups dan lain-lain. la merupakan sistem grafik hypertext yang amat mudah dengan hanya menekan mouse. Hyperteks ialah teks yang mengandungi link tambahan yang menghubungkannya ke satu teks yang lain. Link ini juga mengaitkan dokumen yang ada grafik, video dan bunyi. Maka ianya juga dikenali sebagai hypermedia. Hyperteks membenarkan anda kembali ke laman asal ataupun merayau ke link lain dalam teks. Kadang-kadang seseorang boleh tersesat dalam melayari web, namun begitu untuk kembali ke laman asal hanya dengan menekan kekunci 'back' beberapa kali. Anda juga boleh membuat pencarian menggunakan enjin pencari/search engines seperti altavista, yahoo, excite dan sebagainya yang memudahkan dan mempercepatkan lagi pencarian bahan di dalam lnternet.

Kepentingan dan Kegunaan Internet

Kepentingan dan Kegunaan Internet - Internet mempunyai banyak kegunaan dan kepentingan yang menguntungkan dalam berbagai bidang (bisnis, akademis, pemerintahan, organisasi, dsb) antara lain :

1. Informasi yang didapatkan lebih cepat dan murah dengan menggunakan berbagai aplikasi antara lain : email, NewsGroup, www, FTP.

2. Mengurangi biaya kertas dan biaya distribusi, contoh : koran, majalah dan brosur.

3. Sebagai media promosi, contoh : pengenalan dan pemesanan produk.

4. Komunikasi interaktif, meliputi : email, dukungan pelanggan dengan www, video, conferencing, internet relay chat, internet phone.

5. Sebagai alat untuk research dan development.

6. Pertukaran data